BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 16, 2009

Menanti kemunculan malam

Pagi muncul lagi... Mentari mula berkerja menyinari alam ini. Menyuluh kegelapan yang ditinggalkan oleh sang malam.. Aku bingkit dari tidur, terasa malas untuk mengikuti jejak mentari hari ini. Sebab semalam aku lewat menikmati keindahan buaian mimpi. Kalau bukan kerana jeritan handphone ku setiap pukul 6:00am, aku mungkin terlajak menikmati mimpi lenaku. namun, kadang-kagang tu berlaku juga kelewatan untuk bangkit dari tidurku... wah, indahnya mimpi ku semalam...

Keadaan siang yang dipenuhi dengan kesibukan, keriuhan manusia, kebisingan bunyian semulajadi dan buatan, menjadikan manusia tidak menikmati keindahan siang yang sepatutnya.. Termasuklah aku... Siang ini membuatkan aku merindui ketenangan malam... Aku tak sabar menanti kemunculan malam, aku rindu dengan sinaran bulan. Aku rindu dengan alam semesta yang dihiasi oleh kerlipan bintang-bintang di langit. Aku rindu dengan bunyi-bunyi cengkerik. Aku rindu dengan hembusan angin malam. Aku tak sabar melayari mimpi indah seperti semlam... Aku menanti kemunculan malam...... :-)

Thursday, April 2, 2009

LiFe is BoRiNg ????

Life... Boring ka??? adakah kita pernah merasakan hidup ini 'bosan'...??? pernahkah kita terfikir bahawa hidup ini sebenarnya indah jika kita nikmatinya dengan cara yang betul...
sebenarnya hidup ini tidak membosankan... tapi manusia yang membuatkan hidup mereka menjadi bosan...kenapa???... kerana mereka tidak tahu bagaimana mengisi kesempatan dan peluang dalam hidup mereka...
'bosan' adalah suatu perasaan yang timbul dalam diri seseorang apabila mereka tidak tahu apa hendak dilakukan...
Perasaan ini kadang kala tidak dapat kita elakkan... namun apabila merasa bosan yang melampau... ini menunjukkan kita tidak dapat mengawal perasaan kita...
Banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan perasaan itu menyerang diri kita dengan kejam...
Kebosanan perlu kita tangani dengan baik... 'kuatkan semangat, hadapi hidup ini dengan penuh rasa bersyukur atas segala sesuatu yang kita hadapi... kerana semuanya itu menjadikan diri kita lebih matang dan menambahkan pengalaman hidup kita... ianya merupakan warna warni kehidupan kita... Hargailah ia..'

Monday, March 2, 2009

HubuNgaN 'anGkaT'

Abang angkat, adik angkat, kakak angkat, bapa angkat, mak angkat, keluarga angkat dll... semuanya 'angkat'... Adakah salah jika seseorg mempunyai abang angkat atau adik angkat atau keluarga angkat dll? Sesetengah orang akan menyalah anggap hubungan tersebut.. sedangkan orang yang ingin menjalinkan hubungan seperti itu berniat murni...
For me... hubungan itu tak salah.. Malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama masyarakat,bangsa dan kaum di Malaysia.. betul ke?

Orang penah berkata "mula-mula abang angkat la.. lama-lama 'terangkat'..." Sesetengah orang yang percaya dengan 'Jodoh'.. Mereka boleh menerima jalinan hubungan seperti ini... Tak kurang yang berkata "dah memang abang / adik angkat dia, tu jodoh dia.. nak buat macam mana..." So, terpulanglah kepada setiap individu untuk menilai....

Bagi I, hubungan 'angkat' berlaku apabila individu itu menganggap seseorang lelaki/perempuan sebagai abang/kakak/adik mereka.. Tak salah kan..? Tapi batas sesuatu hubungan tu perlu ada..

Ada juga yang pernah berkata "I sayang kat U, tapi I tau kita tak akan bersama... So, I anggap U sebagai adik I." Bagaimana dengan situasi ini? Ha.. kalau situasi ini,.. Baguslah individu tu dapat berfikir sedemikian, daripada mereka memutuskan hubungan atau tak kurang ada yang bermusuh.. lebih baik jadi adik/abang/kakak angkat.. Tak lah ada dendam di hati..

Hubungan 'angkat' merupakan satu jalinan hubungan yang baik dan tak patut disalah anggap oleh sesetengah orang.. Apa yang penting, niat kita adalah murni terhadap hubungan tersebut. Jangan pula 'ada udang di sebalik batu'...

.................. P e A c E f o R T h E W o R L d ..........................

Sunday, March 1, 2009

BlaCk & WhiTe

Kombinasi warna yang disukai ramai... Me too..
For me...
WhiTe = sesuatu yang bersih, suci dan indah apabila dicorakkan dengan warna-warna lain
BlaCk = sesuatu yang gelap, cemaran dan ianya indah apabila dicorakkan dengan warna terang.

Rahsia kehidupan individu juga mempunyai 'black & white'... Sama ada 'BlaCk' yang lebih berbanding 'WhiTe' ataupun sebaliknya, semuanya terpulang kepada individu tersebut... Hanya mereka yang tahu..

"Lalui kehidupan dengan hati-hati.. Sama seperti kita meniti titian untuk menyeberang jurang yang dalam.. Apabila jatuh, kita tidak dapat melihat apakah yang terdapat di seberang. Berpautlah di mana-mana selagi kita mempunyai peluang dan berusahalah untuk naik ke atas... Jangan hanya menunggu sehingga tubuh kita jatuh terhempas pada sesuatu yang kita tidak tahu apakah kesudahan kehidupan selepas itu. Sama ada kita 'hidup' atau 'mati'......"