BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 16, 2009

Menanti kemunculan malam

Pagi muncul lagi... Mentari mula berkerja menyinari alam ini. Menyuluh kegelapan yang ditinggalkan oleh sang malam.. Aku bingkit dari tidur, terasa malas untuk mengikuti jejak mentari hari ini. Sebab semalam aku lewat menikmati keindahan buaian mimpi. Kalau bukan kerana jeritan handphone ku setiap pukul 6:00am, aku mungkin terlajak menikmati mimpi lenaku. namun, kadang-kagang tu berlaku juga kelewatan untuk bangkit dari tidurku... wah, indahnya mimpi ku semalam...

Keadaan siang yang dipenuhi dengan kesibukan, keriuhan manusia, kebisingan bunyian semulajadi dan buatan, menjadikan manusia tidak menikmati keindahan siang yang sepatutnya.. Termasuklah aku... Siang ini membuatkan aku merindui ketenangan malam... Aku tak sabar menanti kemunculan malam, aku rindu dengan sinaran bulan. Aku rindu dengan alam semesta yang dihiasi oleh kerlipan bintang-bintang di langit. Aku rindu dengan bunyi-bunyi cengkerik. Aku rindu dengan hembusan angin malam. Aku tak sabar melayari mimpi indah seperti semlam... Aku menanti kemunculan malam...... :-)

2 comments:

m.apis said...

wahhhh amoi....ko pun da mula bersastera...cayalahhhh

TonGoLusoN said...

m.apis, bukan sastera tu.. bahasa novel.. wahhh... terlebih sudah...