BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 16, 2009

Menanti kemunculan malam

Pagi muncul lagi... Mentari mula berkerja menyinari alam ini. Menyuluh kegelapan yang ditinggalkan oleh sang malam.. Aku bingkit dari tidur, terasa malas untuk mengikuti jejak mentari hari ini. Sebab semalam aku lewat menikmati keindahan buaian mimpi. Kalau bukan kerana jeritan handphone ku setiap pukul 6:00am, aku mungkin terlajak menikmati mimpi lenaku. namun, kadang-kagang tu berlaku juga kelewatan untuk bangkit dari tidurku... wah, indahnya mimpi ku semalam...

Keadaan siang yang dipenuhi dengan kesibukan, keriuhan manusia, kebisingan bunyian semulajadi dan buatan, menjadikan manusia tidak menikmati keindahan siang yang sepatutnya.. Termasuklah aku... Siang ini membuatkan aku merindui ketenangan malam... Aku tak sabar menanti kemunculan malam, aku rindu dengan sinaran bulan. Aku rindu dengan alam semesta yang dihiasi oleh kerlipan bintang-bintang di langit. Aku rindu dengan bunyi-bunyi cengkerik. Aku rindu dengan hembusan angin malam. Aku tak sabar melayari mimpi indah seperti semlam... Aku menanti kemunculan malam...... :-)

Thursday, April 2, 2009

LiFe is BoRiNg ????

Life... Boring ka??? adakah kita pernah merasakan hidup ini 'bosan'...??? pernahkah kita terfikir bahawa hidup ini sebenarnya indah jika kita nikmatinya dengan cara yang betul...
sebenarnya hidup ini tidak membosankan... tapi manusia yang membuatkan hidup mereka menjadi bosan...kenapa???... kerana mereka tidak tahu bagaimana mengisi kesempatan dan peluang dalam hidup mereka...
'bosan' adalah suatu perasaan yang timbul dalam diri seseorang apabila mereka tidak tahu apa hendak dilakukan...
Perasaan ini kadang kala tidak dapat kita elakkan... namun apabila merasa bosan yang melampau... ini menunjukkan kita tidak dapat mengawal perasaan kita...
Banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan perasaan itu menyerang diri kita dengan kejam...
Kebosanan perlu kita tangani dengan baik... 'kuatkan semangat, hadapi hidup ini dengan penuh rasa bersyukur atas segala sesuatu yang kita hadapi... kerana semuanya itu menjadikan diri kita lebih matang dan menambahkan pengalaman hidup kita... ianya merupakan warna warni kehidupan kita... Hargailah ia..'